SEMALAM DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN

Aku bermalam di hospital TJS kerana menjaga emak ku yang sedang sakit. di sebelah katil emak seorang wanita tionghua yang sudah berumur 85 tahun. dia mengunakan pengasuh seorang wanita india. bayaran rm150 untuk 24jam sehari. dia merupakan seorang pesara guru. dia terkena stroke kerana terjatuh ketika shopping di pasaraya. 

pengasuh sedikit kasar kerana wanita itu tidak mengikut arahannya. Tangannya terpaksa diikat kerana mahu mencabut tube  yang menyalurkan susu di hidungnya. Beberapa kali diameminta tolong, tidak dipedulikan oleh pengasuhnya. hari dah larut malam tetapi wanita itu tidak dapat lena. Help me...help me...rintihnya...Sekiranya di takdirkan usia ku lanjut seperti dia, adakah begini situasi ku nanti? I`m tired untie, pleasa go to sleep, kata pengasuhnya. Tetapi bukankah dia dibayar untuk menjaga wanita tua itu/ Dia kenalah banyak bersabar dengan kerenah tuannya yang sedang sakit. Aku hanya pandai bercakap sebab aku cuma pemerhati...he..he...

Emak yang baru terjaga dari tidur memberitau dia baru sahaja bermimpi bertemu dengan arwah emak saudaranya yang telah meningal hampir 10 tahun lalu.....biar betul! Seperti emak berada dalam suasana dulu-dulu. Kampung yang masihtersisih dari arus kemajuan. Kampung yang masih belum ada jalan tar yang cantik seperti sekarang. Emak beritau lagi dia nampak arwah tidak berumah. Kata emak....roh emak dah merayau-rayau. Tak ada dah kat sini! 

Tersentak aku! Jangan mak......mimpi je tu, kata ku. Dalam mimpi memang roh kita merayau dan terkadang bertemu dengan roh orang-orang yang telah meninggal atau yang masih hidup. semoga emak cepat sembuh dan segera keluar dari wad.

Pukul 2 pagi aku dikejutkan oleh suara pengasuh wanita tua itu.You see...you see...what have you done....? Apahal pulak ni? Rupanya wanita tua itu telah mencalar hidungnya kerana kukunyanya yang panjang. Salah pengasuh juga kerana tidak memotong kukunya. He....he...

Mak nampaknya tidur lena. Aku selsema kerana kipas berputar laju. Nampaknya ketahanan badan emak terhadap suhu lebih baik dari aku.  Aku teruskan juga menulis kerana mata tak mahu lelap selepas terganggu oleh suara pengasuh wanita tua itu 

Kemudian aku dengar wanita tua itu nak pergi masak. Nak masaka kari? Pergi lah masak. Kari ikan, rendang ayam? tanya pengasuhnya. Badan sedang terlantar di atas katil dan masih teringin untuk memasak. Mungkin dulu dia seorang ibu yang sangat pandai serta rajin memasak. Salah seorang anak perempuannya telah pun memeluk agama islam memberitahu bahawa ibunya dahulu sangat pandai masak terutama kari ala penang.

Begitulah hidup kita. Apa yang kita lakukan dahulu setelah nyanyuk semuanya akan di tayang kembali. Ini pengalaman yang cukup bagus untuk diri ku sendiri. Semoga selepas ini aku buat perkara serta bercakap yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

This entry was posted in