MISTERI YANG BENAR

beberapa hari yang lalu suami ku tidur mengigau. Menjerit-jerit meminta tolong. Jeritan yang agak kuat tetapi tidak nyata sebutannya kerana mulutnya tidak terbuka. Aku biarkan sahaja kerana dia biasa mengigau begitu sehingga dia sedar sendiri. Apabila dia tersedar dan mengucap astaghfirullah Al Azim, aku terasa ada sesuatu benda menyentuh lengan ku. Lembut seperti sesuatu benda yang sangat ringan. Ku gerakkan tangan ku dan aku terlihat sesuatu benda putih seperti segumpal kapas sebesar ibu jari ku terbang. Ku cuba tangkap dengan tangan tetapi tiada rasa. Terlepas dari gengaman benda itu melayang ke bahu kiri ku dan terus hilang.Aku bangun dan pasang lampu untuk memastikan apakah bendanya itu....tiada apa pun yang aku temui.....Apakah benda itu? Ku lihat jam menunjukkan pukul 2 pagi.....
Aku tanya suami apakah yang di mimpikan sehingga menjerit-jerit meminta tolong. Katanya ada seorang perempuan muda datang mengodanya. Hendak memelok dan menangkapnya. Sebab tulah abang menjerit sampai tersedar. Eeeeee...sapa lah nak kat suami aku yang dah ketogeri warga emas ni...dah nak pencen dah.  Ha..ha..ha...siapa sangka .Suami ku masih hensem lagi ni.....tak apalah. Aku cuba bersangka baik. mungkin itu hanya mimpi mainan tidur nya. AllahuAkbar...

This entry was posted in