RAMADHAN YANG SILAM

Hari ini nuzul quran 17ramadhan 1433hijrah. Bermakna telah 17 hari kita berpuasa. Bagaimana kah amalan ku setakat ini. Adakah aku cuma berlapar dan dahaga. Banyak amalan baik di bulan ini yang aku tinggalkan. Tak terkejar oleh ku limpahan pahala dan rahmah yang Allah janjikan untuk umatnya. Aku terasa amat kerdil sekali.
Terasa kekurangan kerana  sebahagian besar dari anak2 tiada disisi. Kerana tuntutan kerja dan menuntut ilmu. Terasa rindu untuk berkumpul seperti dahulu. Berbuka serta bersahur bersama.
Seronok berbuka beramai2.Waktu sahur lah waktu paling lawak bila dikenangkan. Terutama anak2 aku yang liat bangun bersahur. Waktu sahur aku akan masak nasi dan lauk panas2 supaya anak2 berselera makan. Ini lah yang di ajar oleh emak ku ketika aku kecil2 dulu. Ayam goreng mesti ada...kalau tidak anak2 ku terutama yang bongsu pasti tak lalu makan.
Ketika kecil ku dahulu seingat aku puasa ku tak pernah penuh. Aku seorang yang lasak. Kesekolah berjalan kaki sejauh 4kilometer lebih kurang setiap hari cukup membuat aku kehausan apabila sampai di rumah.
Berjalan pula di atas terik matahari. Air perigi pun ku rasa enak sekali.
Tetapi bagaimana dengan emak ku....Emak yang menjadi tunggak keluarga lebih mencabar imannya dari aku yang  tidak seberapa. Sambil mengerjakan sawah.. berkebun untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
Makanan perlu emak sediakan. Aku membantu sedikit2 apa yang perlu. Terkadang naluri seorang budak yang hanya mahu bermain menjadikan aku degil dan tidak mahu membantu kerja2 emak didapur. Tentu emak berasa letih yang teramat sangat tetapi emak tidak pernah suarakan walaupun melalui keluhan. Bila aku kenang kembali penderitaan emak airmata ku pasti bergenang di kolapak mata.
Semangat gigih nya tidak tertanding oleh ku. Nasib ku tidak semalang emak. Aku ada suami yang menjaga dan menyayangi ku serta anak2. Aku harus bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada ku dan keluarga.
Sekiranya aku TERPILIH mengalami nasib yang serupa seperti emak, apakah aku cukup gagah untuk menghadapinya?
Kerana itu aku sering rasa kesihan melihat mereka2 yang masih susah yang terpaksa bergelut mencari rezeki untuk memenuhi perut anak2 yang masih kecil supaya mereka tidak kelaparan. Aku akan segera teringat kenangan silamku.. terutama di bulan Ramadhan. Mujur sekarang ini banyak bantuan serta sumbangan dari pehak tertentu yang dermawan sedia bersedekah di bulan ramadhan ini. Dibulan ini  pahala melimpah ruah.
Aku masih belum mampu menjadi dermawan tetapi aku masih mampu mengucap KESIAN.

This entry was posted in