PUISI DI BULAN RAMADHAN [LILLAHI TAALA]

Dah seminggu puasa. Tak buat apa pagi ni. Baru balik dari pasar. Tak ada idea untuk masak apa juadah berbuka petang ni.  Kejap lagi nak jahit baju raya yang entah bila siapnya. Entah kenapa makin malas nak menjahit sekarang. Ada orang nak tempah pun aku malas nak ambil. Takut tak siap. Setakat hari ini aku masih mampu kawal diri dari mengunjungi bazar ramadan. Aku masih suka untuk masak sendiri. Takut pergi bazar, tak mampu kawal nafsu beli itu ini. Masak sendiri lagi jimat dan tidak membazir.
Macamana suasana berbuka anak-anak ku agaknya.  Bangah Hilmi yang sendirian di Puchung tu rajin kah keMasjid. Bagaimana kah sahurnya. Begitu juga anak ku Hamzi.  Tapi kat maktab tu tentu ada jual makanan kat dewan makan. Kalau nak sedap terpaksa lah keluar cari makanan kat mana-mana bazar ramadan.
Anak ku Habib tiada masalah rasanya. Kat asrama makanan sentiasa ada dan terjaga. Harap Habib pandai-pandai lah membawa diri. Jangan sedih jika sepanjang ramadan ini tidak berkesempatan  berbuka bersama mak, ayah dan adik beradik yang lain. Dua hari sebelum raya baru mak balik kampung.
Hazirah rasa nya tak perlu mak risau sebab dia ada keluarga sendiri. Anak ku Hamdi duduk bersama kakaknya dan pandai-pandai lah urus diri sendiri.



LILLAHI TAALA


SEMAKIN KU RENUNG FITRAH KU
SEMAKIN KU HITUNG HAYAT KU
SEMAKIN RESAH JIWA RAGAKU
ALAM MAYA YANG PERMAI
UDARA  YANG NYAMAN
PERCUMA DARI MU ALLAH
BILA AKU RIAK
KAU HUKUM KU DENGAN
BERDOA.

LALAI DAN ALPA MAINAN HIDUPKU
DENGKI KIANAT ASAM GARAM NYAWA KU
MENGUMPAT MENGHINA  GULA-GULA  DI HUJUNG LIDAH KU

NAFSU AMARAH MENYELUBUNGI DIRIKU
TATKALA  KEINGINAN TAK TERCAPAI
AKAL REBAH DI HUJUNG KAKI
RASIONAL TIDAK LAGI DI IMBANGAI RAHMAT MU.

HIDAYAH MU ALLAH
TERSEDAR SEKETIKA
ENTAH ESOK LUSA ALPA SEMULA
KAU HANYA MENGHUKUM KU PADA DOSA DAN PAHALA
PADA SYURGA DAN NERAKA
PINTU TAUBAT MU SENTIASA TERBUKA.

This entry was posted in