Alahai.... anak omak

Malam ini anak-anak ku Hazirah, Hamdi dan menantuku Mohamad   akan datang ke Batu Gajah. Mereka naik train ETS  jam 9 malam. Sekira nya sempat anak bongsu ku Habib pun mungkin dapat serta. Bergantung pada tiket. Kalau ada tiket dapat lah Habib ikut sama. Kalau tidak kesian dia tinggal kat rumah Labu berseorangan. Harap abang-abang dia Hilmi dan Hamzi  dapat balik rumah. Boleh lah abang-abang dia sediakan makan minumnya ketika kakaknya tiada.
Tentu seronok sekira semua anak-anak ku dapat berkumpul bersama minggu ini. Aku pun rasa seronok nak masak . Boleh masak special sikit. Maklumlah bukan selalu dapat berbuka atau bersahur bersama seperti dahulu. Walau apa pun situasinya aku harap anak-anak ku tabah serta bersyukur selalu. Hidup mesti di teruskan.




sejauh mana kau berlari
setinggi mana kau mendaki
onak dan duri kau harungi
panas dan hujan kau rempuhi
demi mengapai bulan dan bintang
demi tuntutan
cita-cita dan pengharapan
hasrat duniawi
impian syurgawi
siapa lah kamu,
tanpa reda ayah dan ibu
tanpa doa restu mereka
tanpa kasih dan ihsan mereka?
ibarat layang-layang yang terbang megah di angkasa
bila tiba masanya
tali yang memegang telah hilang kudratnya
terlepas dari kawalannya
kau akan jatuh tersungkur
doa ayah ibu tiada lagi
talian hayat mu  seakan pergi
bersama hilangnya simpati
nota kasih ku untuk yang mengerti.

jumaat 3 ogos 2012

This entry was posted in