Aku baru balik dari UITM Sri Iskandar menghantar anak ku Hamdi kerana ada urusan dengan fakalti nya. Singgah sekejap kat Tesco. Saja nak ronda-ronda kalau ada yang berkenan. Bila nak balik, aku lihat ada kesan langgar kat kereta aku. Kemek serta calar pintu belakang sebelah kanan. Siapa lah punya kerja. Hangin tul aku. Orang yang buat kerja tu betul-betul hati kering. Nasib baik bulan puasa, sabar ku lebih. camna nak beritau darling I tu?
The Owner
Blog ini mengisahkan mengenai perjalanan hidupku. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Yang baik jadikan pedoman.. Yang buruk jadikan sempadan. Tujuanku hanya untuk bercerita kerana aku suka bercerita dan kadang-kadang anak aku sendiri bosan mendengar ceritaku. Kerana itu aku luahkan di dalam blog ini. Tulisanku hanya untuk dibaca oleh yang berminat sahaja. Jika tidak berminat, tak perlu baca. Sekian dariku. -ZIROZI-
Post a Comment