BALIK KAMPUNG BERHARI RAYA.

kurang seminggu lagi syawal akan menjelma. Jumaat pagi baru aku akan bergerak balik ke kampung ku di  Labu, N.Sembilan. Tak jauh pun NS dengan Batu Gajah, Perak,. Naik train ETS dalam 3 jam sampai lah aku kat station Nilai. Persiapan belum buat lagi. Apa nak buat raya ni ya? Rasa-rasa macam tak mampu je nak buat  persiapan raya tapi kesian pulak dengan anak-anak. Walau apa pun kepada anak-anak ku mak cuma berharap kalian redha  sahaja dengan apa sahaja yang ada. Kita bukan siapa-siapa, hanya hamba Allah yang serba daif dan kekurangan. Mak dan ayah tak mampu untuk memberi yang terbaik kepada kalian. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita berada di dalam negara yang aman dan dapat menikmati ramadhan serta syawal dengan meriah walaupun dalam serba kekurangan, InsyaAllah. Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut syawal dengan sederhana.



This entry was posted in