RUSUH HATI EMAK

Balik kampung baru-baru ini emak meluahkan lagi perasaan berbukunya tentang ayah. kesian mak, aku lihat dia mengesat air matanya. ketika itu hujan turun dengan lebat sekali. Adakah selebat itu rusuh hati nya? aku bersama suamiku ketika itu. sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam hidup emak selama ini yang tidak diceritakan. dia seperti tidak suka aku ceritakan kisah suka dukanya. Katanya tiada orang yang akan percaya. Aku nafikan kerana aku menulis untuk tatapan anak cucu emak sebagai pedoman mereka di hari muka. Ambillah yang baik dan tinggalkan yang buruk. Kepada anak-anak lelaki berbuat baiklah kepada isteri kamu kerana merekalah yang telah melahirkan anak-anak kamu yang bijak-bijak belaka. Hargailah setiap sumbangan isteri kepada kamu kerana seorang isteri yang baik dan solehah sahaja dapat membina sebuah keluarga bahagia dan harmoni. Tak perlu duit banyak tetapi keluarga tunggang langgang.Aku juga suka mengingatkan diriku sendiri dan saudara-saudara perempuan ku supaya sentiasa menghormati suami. Segala kekurangan hadapilah bersama. Sentiasalah bersabar kerana sabar itu pelerai segala kebuntuan. Aku sebagai anak amat memahami lara di hati emak. Tidak sedetik atau sekilas pun dapat emak padam kan kenangan dukanya selama ini. Memang kejam perlakuan lelaki yang bernama suami @ ayah kepada kami anak-anak dan emak. Terampun kah dosa-dosa nya selama ini kepada emak? Pernah kah ayah memohon maaf kepada emak atau anak-anaknya. Ada perasaan baru dalam diriku.
Sesiapa  sahaja lelaki di luar sana yang pernah menganiaya isteri serta anak-anak nya ketika mudanya pasti masa tua nya akan di timpa musibah. Sekira nya kezaliman tidak di balas didunia, pasti balasan akhirat menunggu. Begitu juga perempuan yang bergelar isteri, sekira masa muda nya bersikap kasar serta biadap kepada suami nantilah balasan dari Allah. Cepat atau lambat hanya Allah yang menentukan. Aku tidak terlepas dari tindak tanduk biadap itu dan aku sentiasa berharap suami ku sentiasa  redha dengan perbuatan ku. Kala hati ku tercuit serta tercalar suami ku lah yang paling sabar memujuk. Saja je mengada-gada.

This entry was posted in