MASIH MOOD RAYA

dah beberapa minggu hari raya berlalu. Puasa sunat syawal pun dah selesai.  .esok aku balik kampung sekejap untuk uruskan pendaftaran anak ku Hamdi ke uitm bandar Melaka. Rasa nya sempat singgah sekejap ke sekolah anak ku Habib kat sekolah agama pedas. beliau sedang menduduki peperiksaan percubaan spm selama 3 minggu dan tidak berpeluang balik rumah. aku akan kunjungi anak ku ini dengan harapan dapat memberi sedikit keriangan atau melegakan stressnya sekira ada. aku berdoa anak-anak ku Habib dan juga Hidayu yang menduduki stpm dapat menghadapi peperiksaan percubaan ini dengan sabar dan tenang. Amin. 


PUISI SAYANG UNTUK ANAK-ANAK KU.

Membesar lah kamu anak-anak ku
bersama duri dan ranjau 
berteman muslihat duniawi
seiring doa dan harapan ayah bonda
siapa kita esok
bertitik tolak dari siapa kita hari ini
jadi lah insan kamil
hidup lah dengan kemuliaan
kerana kejahatan hanya mengundang kebencian
akhlak terpuji
maruah terpelihara
membesarlah anak-anak ku
bersama redha dan doa 
bersama kasih dan cinta 
yang tiada akhir dan noktah

This entry was posted in