KAU DAH TAK SAYANG
Dari luar jendela ku
cahaya kelam tanpa angin yang membelai lembut rambut ku
sunyi sepi tanpa sebutir bintang berkelipan
Kemanakah halatuju hidupku
seperti kelam malam
minda ku terbatas
langkah ku tidak teruja lagi
impianpun seperti lesu
Adakah ruang untuk ku melakar hasrat
meluah rasa yang mengunung di benak jiwa
Aku insan terpinggir
mampu kah lagi melakar cinta
dalam hati mu
Hati pun sedang hancur
bila hati mu tak lagi sayang... 11.19 malam. 22hb june 2012
The Owner
Blog ini mengisahkan mengenai perjalanan hidupku. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Yang baik jadikan pedoman.. Yang buruk jadikan sempadan. Tujuanku hanya untuk bercerita kerana aku suka bercerita dan kadang-kadang anak aku sendiri bosan mendengar ceritaku. Kerana itu aku luahkan di dalam blog ini. Tulisanku hanya untuk dibaca oleh yang berminat sahaja. Jika tidak berminat, tak perlu baca. Sekian dariku. -ZIROZI-
Post a Comment