Tinggal Kenangan

27hb jun

tenggahari tadi aku dan suami pergi klinik untuk chek darah. Manalah tau dah berumur ni, banyak penyakit yang nak singgah .Singgah sekejap tak apa takut dia seronok dan tak mahu balik. Siap bertunggu tangga kat badan aku ni. keputusan ujian darah selepas tiga hari. Aku harap darah aku ok. Aku mahu mengharungi sisa-sisa hidupku dalam keadaan sihat. Kalau mati pun aku tak mahu menyusahkan ramai orang terutama anak-anak ku. Aku nak mati dalam senyum...Senyum lebar... , takut pulak orang yang di tugaskan memandikan jasad aku nanti...!Apa, ingat seronok ke mati. Disaat roh di keluarkan dari jasad, sakitnya tidak dapat digambarkan.Aku mohon pada mu ya Allah matikan aku didalam iman.



28hb june 2012

Esok nak balik kampung. Sesekali balik kampung seronok juga. Naik train ETS. Jumpa kawan-kawan sekerja dulu dan pramugari-pramugara serta kapten train. Boleh sembang itu ini sehingga ke station Nilai. Semasa bekerja dulu aku paling boring naik train pergi Seremban. Ulang alik ambil masa 8 jam. Lama tu... boring betul...!Yang seronok bila sampai station Seremban aku dapat jumpa anak-anak aku. Aku pesan aje aku ada kat seremban pada sekian waktu dan yang berkesempatan akan menunggu aku di sana. Kadang-kadang aku bawak bekal untuk mereka. Kadang pulak mereka beli sesuatu untuk aku makan. Seronok!



Sekarang semua itu tinggal kenangan. Aku sudahpun berhenti kerja. Letih..penat dan entah apa-apa lagi alasan yang aku berikan untuk berhenti. Ada rasa tak puashati pun iya. Aku dah beritahu banyak kali yang aku tak larat kerja malam, tapi aku di arahkan juga kerja malam. Frustlah aku, langsung aku tawar hati untuk bekerja lagi. Bila aku dah buat keputusan tak guna lagi pujuk-pujuk. Dah nekad nak berhenti barulah nak bincang. Aku pun ada ego ku.



7hb jun 2012 ku ucapkan selamat tinggal kepada syarikat Sinar Jernih. Bye-bye....! Setakat ini sahaja rezeki ku di sana. Diam tak diam hampir 2 tahun juga aku bekerja di sinar jernih. Sebagai cleaner dan follower dalam train ETS. Train yang laju tu! Dengan duit gaji ku itu dapat lah sedikit sebanyak meringankan kewangan suamiku. Maklumlah anak-anak masih belajar. Banyak belanjanya. Yang pasti aku dapat banyak pengalaman serta kawan-kawan semasa bekerja dalam train tersebut.

This entry was posted in