Tom Man!

Aku ada seorang bapa saudara yang aku panggil pak lang. Dia adik emak yang nombor tiga. Pak lang seorang peneroka Felda ada dua orang anak lelaki. Seorang ini lah yang problem sikit. Orang kata Panas sebab tak putus-putus sakit. Kalau tak anaknya sakit, pak lang yang sakit. Jalan terbaik adalah memisahkan mereka berdua. Maka emak ku sanggup mengambil anak pak lang untuk di pelihara sebagai anak sendiri. Arwah atuk telah menukar nama budak kecil yang nakal itu kepada TOM MAN! Apala.... Leceh nak sebut. Atuk kata makna nama itu TEMAN TAPI MESRA... Tak tau macamana nama itu bertukar kepada AMAN sehingga kehari ini.



Memang Aman sangat nakal, degil dan kuat menanggis dan merajuk. Kalau dia merajuk cari lah dia kat bawah almari atau belakang almari. Dia akan membatu diri kat situ berjam-jam lamanya. Entah perangai siapa dia bawak... tak taulah! Ketika itu umurnya baru satu tahun lapan bulan. Pada mulanya kami tak faham perangai dia tapi lama-lama biar lantaklah dia bawah almari! Aku selalu hilang sabar dengan perangai dia tapi emak selalu backing dia, GERAM......Aman membesar dengan kami sehingga dia tamat tingkatan lima. Pak lang dan Mak lang tak pernah bawak dia balik ke rumah nya di Pahang. Setelah dia besar dia pandai balik sendiri ke rumah emak ayahnya di Jengka, Pahang.



Kisah lucu apabila suatu hari mak nak bawak budak Aman ni pergi klinik untuk buat suntikan kat klinik kesihatan kat kampung pulau. Aman tak mahu pergi dan aku cuba paksa dia, apalagi di ambilnya parang, dikejarnya aku. Keliling kampung aku lari takut parang...! Kurang asam betul. Budaknya degil, panas baran tapi takut injection.....! Itu cerita dulu-dulu. Banyak sebenarnya kisah-kisah lucu yang aku tak berapa ingat.



Sekarang Aman dah dewasa. Dia mungkin masih ingat semua peristiwa pahit manis dalam kehidupannya. Tak sangka pulak sekarang dia Pro Ir Taufik Shah. Hebat kau sekarang .....! Jangan lupa usul asal Aman dah lah. Sentiasa lah berpijak di bumi nyata. Kenang lah susah payah emak ayah dan emak Rozi yang membesarkan Aman sehingga menjadi seorang berjaya dalam hidup. Kemiskinan serta kekurangan yang kita lalui dahulu seharusnya menjadi guru serta pengajar yang terbaik untuk menghadapi hari-hari mendatang.

This entry was posted in