Remajaku

Zaman persekolahan ku lebih mencabar. Dari darjah satu hingga darjah enam aku berjalan kaki kesekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan ingris Labu Hilir. Tiga ke empat kilo meter jauhnya dari rumahku. Begitulah aku ulang alik kesekolah setiap hari. Jarang sangat aku ponteng sekolah. Hujan ribut, terik mantari tetap ku redah tanpa rasa takut atau gentar. Keluar awal pagi supaya sempat sampai sekolah sebelum kelas bermula. Rasanya aku jarang terlewat malah aku lah pelajar yang paling awal sampai. Meyelusuri landasan keretapi dari kampung pulau ke Labu HIlir. Puhhh... bila ku kenang balik hebat juga aku! Kalau sekarang aku di suruh berjalan seperti dahulu, tak sanggup aku!

Pernah terjadi insiden aku hampir-hampi di langgar keretapi. Msa itu aku dalam perjalanan balik dari sekolah. Aku berjalan di atas landasan yang di bawahnya ada jurang. Ketika itu aku terpandang seorang penduduk yang sedang mengerjakan sawah sepanjang landasan itu terlompat-lompat untuk memberi isyarat kepada ku yang keretapi semakin hampir kearah ku. Aku tidak faham maksudnya dan jeritannya pun tidak aku dengari kerana beliau agak jauh. Pelik orang tu! Terlompat-lompat dalam sawah seperti di serang histeria!



Mungkin belum ajal ku, aku menoleh ke belakang....Allahuakbar. Sesaat aku lewat atau terpana hancur berkecailah badanku. Aku sempat melompat ke tebing yang jaraknya tidak berapa jauh dari kedudukan ku. Memang terkejut beruk orang kata ketika itu. Sebab itu aku juara lompat jauh atau lari 100meter kat sekolah sepanjang persekolahan di sekolah rendah. Bangga...bangga ni...! Ketika itu umur 10 tahun dalam darjah 4.

Terkadang ada yang simpati menumpangkan aku naik basikal. Basikal tua dulu-dulu ada carrier yang besar kat belakang. Dia saudaraku ada bau-bau bacang gitu....!

Sebenarnya lelaki ini dah pun arwah namanya yazid. Dia seorang penoreh getah. Dia akan letak getah yang hendak dijualnya di atas carrier basikalnya. Bayangkan bau getah yang busuk itu melekat kat basikalnya dan di situlah aku duduk...! perhhhh. Yazid akan mengayung basikalnya sambil bersembang dengan ku. Arwah seorang yang sangat baik dan aku bawak balik bau getah yang melekat kat bajuku. Bila mak tanya kenapa bau busuk terpaksalah aku story! Itulah pertama dan terakhir aku tumpang basikal beliau. Tak sanggup aku!!!!



Antara kenangan yang tak pernah aku lupakan ialah pergi mengocar kat sunggai Labu. Aku kalau tangkap ikan mesti dapat punya. Kalau sekolah petang, aku pergi dulu tangkap ikan untuk buat lauk sebelum pergi sekolah.Aku sendiri tangkap, siang dan goreng. Sedap.. Itu lah lauk ku apabila emak tak sempat masak. Emak sibuk kat sawah. Matahari tegak diatas kepala baru mak balik untuk sembahyang zohor dan memasak. Biasanya makan tengahari kami pada pukul 4petang. Package dinner sekali. Itu sebab pisang baru nak mencelah pun habis aku telan.Situasi memang sukar tetapi itulah pengalaman yang menjadikan aku tabah menghadapi ujian hidup. Siapa sangka aku pernah menjadi juara lantas mendapat gelaran RAJA MENGOCAR!Peserta lelaki pun tak dapat kalahkan aku. Tangkap ikan guna tangan. Rasanya gelaran itu masih aku pegang sehingga ke hari ini. Wehhh... bangga...bangga! Anak-anak aku setakat tengok ikan kat akuarium je lah pandai! Beli pisang sampai luruh tak bermakan!



Ketika umurku 12 tahun sorang sesupu emak datang kerumah pagi-pagi buta dengan sebilah parang panjang. Menjerit-jerit laksana histeria gamaknya. Emak tanya dengan lembut sekali, tapi dia terus histeria. Apa yang aku faham dia tuduh adik emak iaitu induk Anab tambat lembu kat tangga rumahnya. Apalagi tercabut tangga rumahnya dibawa lari oleh lembu tersebut. Marah tahap gaban tu! Dilibas-libasnya parang sambil menyelak-nyelak kain batik yang di pakainya. Antara cemas dan lucu.... keh..keh...keh... Macam-macam perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang dewasa kepada orang lain. Apalagi untuk dihamburkan di hadapan anak-anak emak yang masih kecil. Segala kisah silam habis disebut semula.



Mak tenang sekali ketika menghadapi situasi tersebut. Mak tak curah minyak keatas api kemarahan sesupunya itu. Mak relax je. Penat orang tu histeria, dia sendiri menonong balik rumah, tak perlu emak halau.

Apabila arwah datuk ku dapat tahu... sedih sangat dia. Aku lihat datuk kumenanggis, meraung... sampai hati anak buah den buek den macam ni. Den hidup lagi ni, kalau dah mati tak tahu entah apa putar belitnya nanti! Kocik-kocik dio den yang bolo, dah bosa, dah sonang mulo sombong lupa diri!!!! Itu antara luahan arwah datuk Sagap ku ketika itu.Aku yang menyaksi kan peristiwa itu sangat teruja. Kenapa, mengapa... bagaimana...?. Mulalah aku bertanya sedikit-sedikit kat mak, kat mak-mak saudara ku cerita sebenar. Rasanya tak semua cerita aku dapat. Banyak lagi rasanya cerita yang tak mahu mereka ceritakan. Takapalah... biar lah rahsia!



Macamana datuk ku tak sedih, sepupu emak itu telah kematian ayah sejak kecil. Arwah datuk Sagap lah yang menjaganya sampai besar. Bila hidup dah senang mereka lupa semua kebaikan atuk. Mereka lupa semua pengorbanan dan kasih sayang atuk ketika membesarkan mereka dahulu.



Selepas itu atuk pun mula sakit-sakit. Pada 30hb jun 1978 bersamaan hari jumaat jam 1 pagi atuk di jemput Allah. Aku tak pasti usia atuk ketika itu. Aku dalam darjah 6 kalau tak silap.

Memang sedih ketika itu. Datuk seorang yang sangat baik. Seorang lelaki yang alim dan berilmu. Sangat penyayang dan sangat sayangkan cucu-cucunya.



Arwah uwan Salbiah ku pula lain... Jauh sangat bezanya dengan arwah datuk ku Sagap. Nak cerita pun rasa tak sedap.Tapi nak cerita jugak untuk jadi iktibar kepada anak-anak ku atau sesiapa sahaja yang mahu menjadikan ia pedoman hidup.



Bila musim buah, emak ambil buluh untuk memudahkan kami anak-anaknya kait buah, uwan Salbiah lah yang akan kerat-kerat esoknya! Pelik... tapi itulah realitinya. Setiap kali lepas kait buah kena sorokkan buluh jauh dari pandangan uwan. Kalau tidak esok jawabnya jadi kayu api lah!



Paling aku tak boleh lupa apabila sedang makan tengahari di rumah atuk, sambil bergelak ketawa mendengar cerita atuk yang lucu, uwan kejar aku dengan mak andak satun serta induk anap dengan parang. Aku tak tau apa-apa ikut lari bila atuk suruh. Induk anab dan andak lari dulu, aku yang tinggal kat belakang nyaris-nyaris nak kena kayu yang ku sangkakan parang."Atuk dapek parang dulu, kata atuk". Kik...kik...kik..kik...kik atuk ketawa. Itulah stail ketawa atuk yang aku tak pernah lupa! Puhhhh, Nasib baik atuk sempat sambar parang dulu! Uwan tak dapat parang, kayu api di sambarnya lalu di balingnya kearah kami. Kalau kena aku dulu dah arwah dah agaknya. Aku tak faham kenapa dia dengki tengok anak cucunya gelak besar-besar dengan atuk. Aku fahamlah dia pekak.... tapi tak kan nak cemburu pulak bila atuk buat lawak kat kami! Tak faham sungguh!

Itu antara peristiwa yang aku alami yang masih terang dalam ingatanku. Aku yang terkejut ketika itu bertanya-tanya kenapa? Arwah atuk jawab," uwan kau pokak, dio ingat kito umpek dio...".!

Alahai uwan, tapi aku tau dia baik dan sayangkan anak cucunya. Kekurangan yang dimiliki tidak ditangani dengan cara yang betul. Sebab itu prasangka menguasai fikiran. Tapi aku tetap sayang uwan sebab dia suka masakan aku. "Simah masak sodap.....! Sangat bangga aku...! Bukan senang nak dapat pujian dari orang tua-tua ni. Aku anggap pujian itu iklas dan ingat sampai bila-bila! Terima kasih uwan Salbiah. Semoga rohnya dan roh atuk berada di sisi hamba Allah yang mulia dan diberkati. Amin.

This entry was posted in