Resahku

Hari ini 23hb jun 2012. Baru balik dari belajar pembuatan coklat di kolej komuditi batu gajah perak. Sekarang waktu rehat. Kursus ku bermula pagi tadi dari jam 8.30 pagi sehingga esok. Balik jap rumah, makan nasi dan sempat sembahyang zohor. Lepas ni masuk pukul 2petang. Seronok juga belajar membuat coklat ni. Ini peluang bisnes ni. Teruja... teruja. Setakat anak-anak nak makan coklat boleh je aku buatkan. Kreativiti boleh di semai di sini.



24hb jun. Jam menunjukan pukul 4.17 pagi. Mata tak mahu tido dari pukul 2.20 tadi. Memang badan tak sihat, selsema, kepala berat je. Mungkin cuaca berjerebu. Dah berapa bulan tak hujan kat sini. Kerana itu aku sangat-sangat menantikan hujan yang entah bila akan turun.Hujan yang turun bagaikan mutiara... Lagu sudirman!



Hari ini ada lagi kursus pembuatan coklat tangan. Harap aku dapat bertahan dengan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan ini. Ya Allah rahmatilah aku dan kuatkan lah semangat ku untukterus belajar hari ini.

Semalam Hazirah telephone dia dan suami kemalangan. Mujur mereka tak tercedera. Cuma kereta yang remuk sedikit di bahagian depan. Aku tak melihat tapi aku boleh bayangkan bagaimana situasi ketika berlakunya insiden itu. Kereta depan break mengejut kerana mengelak anjing melintas jalan. Ya lah, jika perkara itu nak berlaku, sedetik pun kita tak dapat mengelaknya. Allah jua yang maha mengerti.Sabar lah...ini juga berupa ujian dari Allah.



RESAH KU

sunyi menghantui resahku
gelisah menanti lenaku.
ku renung gelap malam yang suram
siapakah yang lena tanpa gundah gulana di hatinya......!
Tiadakah ketenangan di jiwa ini
sehingga lena ku tidak dibuai mimpi
jaga ku terasa kosong dan sepi
Adakah ini suratan Ilahi
atau diri tidak pernah mensyukuri
setiap zahrah rahmat mu Ilahi......
Resahku ya Allah
ku serahkan padaMu...
Penawarnya ada pada Mu.....
kerana kau maha pengasih
Kau jua maha penyayang....!                    24hb jun 2012 4.59 pagi

This entry was posted in