Suri Rumah Tangga!

26june...
Petang tadi hujan lebat. Alhamdulillah... dah lama aku nanti hujan yang dah agak lama tak turun kat Batu Gajah ni. Baru hari ini terasa sejuk dan nyaman.Dah dua ke tiga bulan hujan tak turun langsung. Rumput sekitar kuaters pun dah kuning kekeringan.Badan letih lesu kepanasan. Ya Allah... panas begini pun aku dah mula mengeluh tak tahan bagaimana kah nanti gerangannya di padang mahsyar.Ampunkan aku ya Allah...aku insan yang sangat lemah.



Dah berapa minggu ya aku jadi suri rumah tangga..Dah tak rajin nak kira dah. Rasanya dah mula biasakan diri dengan keadaan ini. Jika aku rajin menghadiri kursus-kursus yang di adakan di kolej disini tentu rutin harian ku kembali sibuk seperti dahulu. Tak rugi jika kita tambah ilmu walaupun di hujung-hujung usia ku. Mungkin ilmu yang ku perolehi hari ini dapat di manfaat oleh anak cucu ku di suatu hari nanti.



Satu minit lagi nak pukul 2 pagi. Mata tak mahu lelap langsung. Suami ku telah lama lena tak sedar diri. Siap berkeruh lagi. Apakah mimpi dalam tidurnya? Aku iri hati melihatnya. Lena nya mudah sekali. Letak kepala kat bantal..... tak sampai 5 saat dah lelap. Sedang kan aku.....ku cuba pejamkan mata tapi tetap tak mahu lena. Buat sembahyang sunat taubat ke, sembahyang hajat ke bagus ni tapi.... malaslah pulak...!



2.20 pagi. Sedang chatting dengan bangah. Dia pun tak tidur lagi. Entah apa lah dibuatnya berjaga sampai ke pagi. Esok nak kerja. Boleh tahan ke matanya? Hairan betul aku. Aku dah tak reti nak nasihat dia macamana dah.Kalau siang malam berjaga bila kah masa tidurnya. Apakah dia terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan. Kalau setakat main game ... sia-sia ajalah masa bangah tu. Terbuang begitu sahaja.Macamana badan dan otak nak sihat kalau tiada rehat yang cukup.

Dah pukul 2.30 pagi ni tapi mata ku masih belum mengantuk. Apakah jiwa ku terganggu hingga ngantuk ku tak sudi datang atau ini ciri-ciri monopos kerana umurku dan 50 tahun. Entah lah, hanya Allah maha mengetahui. Aku sering begini. Kalau tidur pun sekejap. Bila terjaga semula langsung mata ku tak mahu lena hingga ke siang. Mungkin ini lah lumrah kehidupan. Nikmat tidur ku mungkin telah diambil sedikit demi sedikit oleh Allah. Aku terpaksa terima segala ketentuan Nya.

This entry was posted in