Kehidupanku kini

Dah beberapa hari aku tidak menulis disini. Hari ini 4hb julai 2012. 9.18 minit malam. Apa nak tulis ya? Oh ya pukul 5 pagi tadi menantu ku telephone. Aku tak angkat kerana lena tidur. Bila kul 7 pagi baru perasan ada miss call. Rupa nya Hazirah sakit perut. Memulas seperti hendak bersalin. Kandungannya baru 7 bulan. Mohamad bawa ke hospital besar seremban dan hazirah telah di tahan wad. Mungkin untuk sehari dua sehingga sakitnya hilang. Itu kandungan pertamanya dan bakal cucu sulungku. Semoga Allah lindungi mereka dari sebarang musibah. Aku baru aja balik kampung ari minggu lalu. Macamana nak balik selalu...



Aku baru mula bekerja sebagai pembantu kedai kat kuaters. Mula 2hb julai lalu. Hari ini baru 3 hari bekerja. Kerjanya taklah sukar sangat. Layan pelanggan beli ikan, ayam, sayur dan macam-macam barangan runcit. Seronok lah juga, kerja 4 jam je sehari. Sebelah pagi je dari 7.30 hingga 11.30 , hilang sikit boring aku kat rumah.Seperti balik ke asal. Dahulu aku buat kerja-kerja seperti ini sewaktu di kampung tetapi sebagai tauke kedai.Sebagai kuli pun yak apa. Aku tak perlu lagi rushing kesana sini untuk keperluan kedai runcitku. Tak perlu fikir macam-macam. Ikan habis ke tidak tak perlu aku risaukan lagi. Cukup 4 jam kerja aku balik rumah. Esok datang kerja lagi, lima hari seminggu. Sabtu dan Ahad aku ada masa balik kampung atau beriadah. Paling seronok dapat pergi memancing dengan suami dekat kawasan Batu Gajah. Banyak lombong sekitar Batu Gajah. Sungai Kinta pun banyak ikan.



7hb julai 2012. Ada jemputan makan durian warga KTMB bersama presiden. Best makan durian ramai-ramai. Presiden pun seorang peramah dan low profile. Tak rasa segan untuk berbual dengan beliau.

This entry was posted in