Bosan!

Aku hanya seorang wanita biasa. Tak punya apa-apa. Tiada yang indah hendak ku coretkan. kehidupan ku bresama suami tercinta telah di kurniakan 7 orang anak. seorang telah meninggal semasa dilahirkan. Perempuan ku namakan Nur Huda binti Esahal.Lahir pada 30hb April 2003 bersamaan tararikh lahir abang nya Muhd Habib yang ke sembilan tahun pada hari tersebut. Dah 9 tahun Huda pergi. Maafkan mak kerana seakan terlupa akan kehadiran mu Huda. Mungkin mak terlalu sibuk dengan urusan harian yang tak pernah habis.

Sekiranya Huda masih ada sudah tentu Huda menjadi penglipur lara mak dan ayah di rumah. Sudah sembilan tahun usia mu. Semuga roh Huda berada dalam rahmat Allah sentiasa.



Anak sulungku Nur Hazirah usianya sudah 24 tahun. sudah bersuami dan bakal menjadi ibu tak lama lagi. Bekerja sebagai executive di bank simpanan nasional. Bangah hilmi 23 tahun masih bujang dan bekerja sebagai junior artist di sebuah syarikat penerbitan animasi. Itulah minatnya sejak kecil. aku sebagai emak tidak pernah menghalang minatnya. Hilmi telah pun merealisasi kan cita-citanya itu.

muhd Hamdi dan Muhd Hamzi, anak kembar ku. Dah 21 tahun usia mereka. Hamdi sedang menunggu Diploma yang kemungkinan konvonya pada Oktober 2012. Adik kembarnya Hamzi sedang buat ijazah perguruan di Institiut Perguruan Raja Melewar di Seremban.

Anak kelima ku Nur Hidayu.Umurnya 19 tahun sekarang.Sedang belajar dalam form six di sekolah menengah Sultan Yusuf di Batu Gajah Perak. Tahun ni nak ambil stpm. Semoga dia belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Anak keenam ku Muhd Habib sudah pun menjangkau usia 17 tahun. Tingkatan 5 sekarang dan bakal mengambil periksa spm. Bersekolah di sekolah menengah agama pedas di Rembau.Semoga Habib juga akan belajar Bersungguh2.

Aku sentiasa berdoa semoga anak-anak ku menjadi insan kamil yang berguna kepada agama bangsa dan agama. Tiada yang lebih indah dari melihat setiap kejayaan yang anak-anak ku capai dalam kelangsungan hidup mereka. Semoga anak-anak ku terus berjuang untuk mencapai yang yang terbaik dalam hidup di dunia dan akhirat. Jangan lupa sembahyang lima waktu. Jujur serta amanah dalam berurusan sesama insan. jauhilah amalan yang bertentangan dari norma2 kehidupan sebagai umat Islam. Mak tsk ada harta untuk diberi kepada kalian semua. Guna lah ilmu yang ada untuk memparbaiki diri kalian.



Suami ku yang tersayang Esahal bin Mohd Yasin. Nama yang pelik yang sering menjadi usikan guru dan kawan-kawan sekolah anak-anak ku. Kerana nama yang pelik itu lah anak-anak ku sering mendapat perhatian disekolah. Mereka mudah dikenali kerana nama ayah mereka ESAHAL! Mereka anak-anak yag berani serta sentiasa berfikiran positif.

Suami ku seorang yang pendiam. Tak banyak songeh kata orang sekarang.Dia biasa-biasa aje. Bekerja di Keretapi Tanah Melayu Berhad. Bengkel nya di Batu Gajah, Perak. Sebab itulah aku berada di Batu Gajah sekarang. Duduk kuaters diKompleks KTMB Batu Gajah. Seronok juga disini. Suasana baru, rumah baru dan selesa sekali. Suami ku seorang bilal disini. Hebat juga dia. Agak dikenali kerana aktif dalam aktiviti persatuan penduduk serta rukun tetangga. Kadang-kadang aku kagum juga dengan cara dia. Minatnya menyanyi. Suara boleh tahan. Anak-anak semua ikut bakatnya. Ok lah tu. Aku tak kisah asalkan mereka bahagia.



Umur suami ku dah menjangkau 53 tahun. 2 tahun lebih kurang pencen lah. Aku sebelum ini bekerja juga. Dalam train ETS sebagai cleaner atau follower sehingga ke seremban atau kl sentral. Seronok juga hari-hari naik train. Kenal ramai orang, pramugari yang baik-baik belaka. Keptan-keptan yang sporting. Tapi hari ini 20hb June 2012 dah 12 hari aku berhenti kerja. Aku pun tak berapa pasti kenapa aku berhenti.Mungkin kerana bosan? Rasanya aku masih perlu bekerja untuk meringankan beban kewangan suamiku. Maklumlah 4 orang anak ku masih belajar lagi. Mereka perlukan duit. Tak banyak sikit aku dan suami kena sediakan apabila mereka minta. Tak sanggup rasanya menghampakan permintaan mereka.Aku tak mahu mereka alami apa yang aku alami ketika aku membesar dahulu. Sungguh sukar kehidupan dahulu. Bila teringat kembali air mata ku pasti bergenang. Tak tau kenapa peristiwa lama asyik bermain-main di minda. Anak ku Hamdi selalu cakap, mak, pandang kedepan jangan pandang belakang! Betul lah tu, tapi kenangan itulah yang menjadikan mak lebih rasional dalam membuat keputusan. Mak lebih sedar diri dan berharap tidak menjadi sombong serta riak. Walau pun di perlekeh kan, mak lebih sabar dan tidak berdendam.



Alhamdulillah, setakat ini aku bahagia dengan kehidupan ku bersama keluarga. Tak ada banyak masaalah yang tidak dapat aku dan suami selesaikan. Anak-anak ku baik-baik belaka.InsyaAllah mereka akan terus menyenangkan hati kedua ibubapa mereka. Tak lama lagi nak dapat cucu sulung dari anak sulungku Hazirah. Teruja rasanya nak jadi uwan.

Menantuku Mohamad seorang ustaz.Semoga ilmunya serta didikan sempurnanya dapat membina sebuah keluarga sakinah.



Hari-hari berlalu seperti biasa. Terkadang rasa bosan sangat mencekam jiwa. Aku bukan jenis yang suka duduk diam tak buat apa-apa. Bila dah beres memasak atau berkemas apa patut, aku datang ke ruangan ini berkarya. Melepas perasaan yang selama ini aku abaikan kerana sibuk bekerja mencari duit.

Dah hampir 12 malam sekarang. Mata belum nak tidur lagi.Suami ku pun baru balik dari MYRA menghadiri majlis perpisahan rakan-rakan yang bakal bersara pada bulan ini.Dia makan lauk sedap aku cuma makan mee segera.

This entry was posted in